Isim Manqus :: tugasan individu ::

Tuesday, April 26, 2011

MANQUS المنقوص

Ta'rif : Isim yang di akhirnya huruf ya dan huruf sebelumnya berbaris kasrah.

Contoh :

Beberapa perkara berkaitan :

- Sekiranya isim manqus bersama al, maka ya ini akan kekal dalam setiap keadaan.
Contoh ;
حكم القاضي على الجاني
رأيتُ الراعيَ

- Tetapi sekiranya tanpa al, ya akan dihazafkan secara sebutan dan tulisan ketika marfu dan majrur. Dan ya akan kekal ketika mansub.
Contoh ;
حكم قاض على جان
جعلك الله هادياً إلى الحق


- I'rabnya ketika marfu' dan majrur adalah dengan baris muqaddarah.
Ketika mansub adalah dengan fathah.

Formula : MANDI

MAN : manqus
DI : merujuk kepada baris kasrah sebelum akhir.
Ada contoh sekali dalam formula tersebut iaitu DI singakatan daripada qadi.

Nahwu Bab 2 : I'rab (إعراب)

Sunday, January 23, 2011

I'rab ialah: berubah bacaan (baris) akhir perkataan dengan sebab berlainan 'amil-'amil yang masuk padanya. Dengan kata lain, i'rab ialah berubah bacaan sesuatu perkataan dengan sebab berubah kedudukannya dalam suatu ayat. Seperti dibaca dengan baris rafa' (depan) sebab duduk ia ditempat fa'il (pembuat), atau baris nasab (atas) sebab duduk ditempat maf'ul (kena buat) atau hafadh / kasrah (bawah) sebab duduk selepas huruf jarr.

'Amil ialah: faktor atau sebab sesuatu perkataan itu berubah bacaannya.

*perubahan ini ada dua:
  1. berubah pada lafaz (yakni pada sebutan).
  2. berubah pada taqdir (yakni pada perkiraan).
= berubah pada lafaz contohnya:

= berubah pada taqdir contohnya:

*perkataan "Musa" pertama rafa' pada taqdir kerana berada ditempat fa'il.
*perkataan "Musa" kedua nasab pada taqdir kerana berada ditempat maf'ul.
*perkataan "Musa" ketiga hafadh/kasrah pada taqdir kerana berada selepas huruf jarr.

I'rab ada empat bahagian: 
  • rafa' (baris depan)
  • nasab (baris atas)
  • hafahd / kasrah (baris bawah)
  • jazam (baris mati)

Tanda-tanda rafa'
*asal rafa' adalah dengan dhammah, adapun waw, alif dan nun adalah ganti daripadanya.
Beza antara rafa' dengan dhammah adalah: rafa' adalah tanda i'rab manakala dhammah adalah tanda bina'.

Tanda-tanda nasab

*hazfin nun : dibuang huruf nun terakhir.

Tanda-tanda hafadh
*hafadh hanya masuk pada isim (kata nama) tidak  fe'el (kata perbuatan)

Tanda-tanda jazam
*jazam pula hanya ada pada fe'el (kata perbuatan) tidak pada isim (kata nama)




Saraf Bab 1 : Dhamir (bergambar)

Wednesday, January 12, 2011

"Dhamir" bermaksud: kata ganti nama.

Bahagian "dhamir":


Penerangan: 







Nahwu Bab 1 : "Kalam" (كلام)

"Kalam" ialah: lafaz* yang terdiri daripada beberapa perkataan yang memberi kefahaman atau boleh difahami.

*lafaz ini pula ialah : suara yang mengandungi huruf-huruf ejaan arab (hija'iyyah), dari alif hingga ya'.

"Kalam" terbahagi kepada tiga :

  1. Isim (اسم)
  2. Fe'el (فعل)
  3. Huruf (حرف)


"Isim" ialah : perkataan yang menunjukkan kepada suatu benda atau suatu perbuatan tanpa dikaitkan dengan masa. Istilah dalam Bahasa Melayu adalah "kata nama".

Kata nama  terbahagi kepada dua :

  1. Kata nama benda (isim) : contohnya : الكتاب, buku.
  2. Kata nama kerja (masdar / مصدر) : contohnya : القراءة, membaca.


Tanda-tanda isim :

  • berbaris bawah (kasrah / كسرة).
  • bertanwin (تنوين).
  • ada (أل).
  • ada bersama huruf-huruf "hafadh" (خفض)*
  • ada bersama huruf sumpah (qasm / قسم)*

*"hafadh" (خفض) adalah istilah bagi ulama Nahwu Kufah yang diketuai oleh al-Kisa'ie. Manakala "jarr" (جر) adalah istilah ulama Basrah yang diketuai oleh Sibawayh.

*huruf  "hafadh" (خفض) ada sembilan : من، إلى ، من، على، في، رب، كاف، لام.
*huruf sumpah (qasm / قسم) ada tiga : واو، باء، تاء.

"Fe'el" ialah : perkataan yang menunjukkan suatu perbuatan yang dikaitkan dengan masa. Istilah dalam Bahasa Melayu ialah "kata kerja".

- terbahagi kepada tiga :
  1. madhi (ماضي)       : perbuatan yang telah berlalu / masa lampau.
  2. mudhari' (مضارع) : perbuatan yang sedang atau akan dibuat.
  3. amr (أمر)              : perbuatan yang disuruh melakukannya (kata suruh).

Tanda-tanda "fe'el" (فعل) :
  • ada perkataan "قد" di awalnya. Contohnya : قد قامت الصلاة.
  • ada huruf تاء تأنيث ساكنة (huruf ta yang mati dan mewakili kata kerja pelaku wanita). Contohnya : كتبت.
  • ada hufur س atau perkataan سوف (akan) di awalnya. Contohnya :سيذهبون - سوف تعلمون.

"huruf" (حروف) ialah : perkataan yang tiada padanya tanda-tanda "isim" dan "fe'el". Huruf-huruf  ini digunakan untuk menghubungkan suatu perkataan dengan perkataan lain, atau dalam istilah Bahasa Melayu disebut sebagai "kata hubung", dan ia terbahagi kepada dua:
  1. huruf yang ada makna seperti huruf-huruf hafadh dan qasm (rujuk atas)
  2. huruf yang tiada makna : huruf-huruf hijaiyyah yang lain jika ia satu sahaja*.
*kata yang tiada makna tidak termasuk di dalam bahagian "kalam".